Eksport Malaysia Dijangka Sederhana Tahun Ini

2019-04-06 13:46:10  CRI
Share with:
MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) mengunjurkan pertumbuhan eksport Malaysia menyederhana kepada 3.6 peratus tahun ini daripada 6.7 peratus pada 2018 di tengah-tengah kesan asas yang tinggi dan petunjuk berterusan keputusan pelonggaran utama global.

Dalam nota penyelidikan kelmarin, firma penyelidikan itu berkata kadar sederhana itu konsisten dengan harga komoditi global dan jangkaan berlakunya sedikit kelembapan dalam prestasi perniagaan secara keseluruhan, ekoran ketidaktentuan mengenai konflik perdagangan China-Amerika Syarikat (AS).

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kelmarin, eksport Malaysia pada Februari 2019 turun 5.3 peratus tahun ke tahun kepada RM66.6 bilion dan import juga merosot 9.4 peratus kepada RM55.54 bilion.

(Sumber dari BERNAMA)
张弘