Delegasi Pemimpin Agama Malaysia Lawat Persatuan Islam China

2019-04-08 10:33:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_11

Pemimpin Islam Malaysia membuat lawatan rasmi ke Persatuan Islam China pada pagi 1 April yang lalu. Delegasi itu membuat lawatan ke China atas undangan Kementerian Luar China.

Rombongan itu disambut oleh Presiden persatuan, Yang Faming dan Naib Presiden, Jin Rubin.

Pada lawatan itu, Yang Faming memperincikan keadaan dan perkembangan semasa agama Islam serta kehidupan umat Islam di China.

图片默认标题_fororder_12
 

Beliau turut berharap delegasi itu akan meninjau ke serata China untuk mendalami kejayaan hasil dari pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China sejak 40 tahun yang lalu.

Sementara itu, beliau juga berharap bidang agama Islam di kedua-dua negara dapat memperkasakan kerjasama serta bersama-sama memboikot fahaman ekstrem.

徐国玮