Pertumbuhan Ekonomi Asia Tenggara Dijangka Stabil

2019-04-11 13:04:40  CRI
Share with:

Negara-negara ASEAN dijangka merekodkan pertumbuhan ekonomi pada tahap tinggi tahun ini dengan kadar purata 4.9%, menurut Laporan Prospek Ekonomi Asia yang diterbitkan Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini.

Dalam konteks kemerosotan ekonomi global dan ketegangan perdagangan, permintaan domestik yang kuat dan momentum pembangunan yang baik sedikit sebanyak menangkis risiko luaran.

Urbanisasi dan pembangunan infrastruktur banyak menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serantau, kerana menyokong pertumbuhan kelas pengguna sekaligus membekalkan pekerja yang mencukupi untuk perkembangan perindustrian.

Pertumbuhan itu bagaimanapun tetap menghadapi unsur ketidaktentuan daripada suasana luaran.

Pakar menyarankan ASEAN menyelaraskan strategi pembangunan sendiri dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China dalam bidang prasarana, teknologi baharu dan e-dagang.

高蕾