Pelaburan BRI Terus Meningkat

2019-04-17 13:49:03  CRI
Share with:

Jumlah pelaburan China di seberang laut mencecah USD25 bilion (RM103 bilion) pada suku tahun pertama tahun ini.

Naib Pengarah Jabatan Kerjasama Kementerian Perdagangan China, Han Yong berkata, pelaburan syarikat China di negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencatat USD3.76 bilion (RM15.5 bilion), meningkat 4.2%. Pelaburan tersebut tertumpu kepada sektor penyewaan dan perkhidmatan perdagangan, pembuatan, pemborongan dan jualan runcit, serta perkhidmatan teknologi maklumat.

Tambah beliau, penggabungan syarikat rentas sempadan tetap kaedah utama bagi syarikat domestik ketika menjalankan kerjasama pelaburan di seberang laut.

张哲