Kemboja Peruntukkan USD3.7 B Perluas Lapangan Terbang

2019-04-18 11:08:44  CRI
Share with:

Menurut data yang diumumkan syarikat pengendalian lapangan terbang Kemboja, jumlah pelancong yang menggunakan tiga lapangan terbang antarabangsa utama di negara itu iaitu Phnom Penh, Siem Reap dan Pelabuhan Sihanouk mencatat angka 10.5 juta orang pada tahun lepas, kali pertama melebihi 10 juta.

Untuk memenuhi permintaan pembangunan ekonomi dan industri pelancongan, badan penerbangan awam negara itu berancang untuk meningkatkan kemampuan perkhidmatan lapangan terbang sehingga mampu mengendalikan 30 juta pelancong menjelang tahun 2030. Sebagai sokongan bagi rancangan itu, kerajaan Kemboja akan memperuntukkan USD3.748 bilion (RM15.528 bilion) untuk membina atau memperluas enam lapangan terbang di negara itu dalam lima tahun akan datang. 
 

覃淼