Semangat jalan sutera iaitu kerjasama secara damai, terbuka dan inklusif, saling belajar dan melengkapi, serta menang-menang merupakan inti pati BRI.
Pelepasan kastam antara Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dengan Tanah Besar China dipulihkan secara menyeluruh tanpa sekatan jumlah penggembara dan membuat atur janji terlebih dahulu bermula 6 Feb.
Amerika Syarikat (AS) membuka semula kedutaannya di Kepulauan Solomon baru-baru ini. Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan berkata lebih ramai pegawai diplomat akan ditempatkan di rantau Pasifik, sementara projek dan sumber negara itu diselaraskan dengan keperluan masyarakat tempatan.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam pertemuan empat mata bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg, meluahkan hasratnya untuk menganggotai Majlis Atlantik Utara (NAC) dan mesyuarat Ketua Pertahanan NATO secara berkala.