Hasil Pembinaan Inisiatif BRI

2019-04-24 11:45:48  CRI
Share with:

Dalam tempoh lebih lima tahun lalu, pembinaan bersama BRI yang berteraskan koordinasi polisi, kesalinghubungan prasarana, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan, persefahaman dalam kalangan rakyat, serta kerjasama perindustrian dilaksanakan dengan lancar dan membuahkan hasil yang besar. Pada tahun 2013 hingga 2018, perdagangan komoditi antara China dengan negara-negara terlibat BRI mencecah USD6 trilion, iaitu mencapai 27.4% dalam jumlah perdagangan komoditi China. Dalam pada itu, pelaburan langsung syarikat China di negara-negara tersebut melebihi USD90 bilion, manakala jumlah urus niaga projek kontrak China di negara-negara terlibat mencecah USD400 bilion.

Jumlah perdagangan China dan ASEAN mencatat USD587.87 bilion pada tahun 2018. Setakat penghujung tahun 2018, China mempertahankan kedudukan sebagai rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama 10 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan dagang ketiga terbesar bagi China selama lapan tahun berturut-turut. Pada masa sama, lebih 20 juta pelancong China melawat ke negara-negara ASEAN setiap tahun dan ini menjadikan China negara sumber pelancong asing yang paling besar bagi ASEAN. Setakat penghujung 2018, pelaburan keseluruhan antara China dan ASEAN mencecah USD200 bilion.

王瑾