Xi: Perkongsian Yang Salinghubung, Kunci Pembangunan BRI

2019-04-26 11:07:21  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan, kunci bagi membangunkan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ialah kesalinghubungan. Perkongsian sejagat yang saling hubung patut dibina bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Katanya. China akan meneruskan usaha dengan pelbagai pihak untuk membina koridor ekonomi yang diterajui jaringan kesalihubungan termasuk Jambatan Darat Eurasia Baharu dengan sokongan laluan seperti landasan kereta api China-Eropah dan laluan darat dan maritim baharu serta infrastruktur maklumat bersandarkan kepada landasan kereta api, pelabuhan, paip saluran dan internet. 

Tambah Xi, China mengalu-alukan institusi kewangan dari pelbagai negara serta badan-badan berkaitan untuk mengambil bahagian dalam pelaburan dan pengumpulan dana BRI, menggalakkan kerjasama pasaran pihak ketiga.

曹捷