Xi: China Azam Tingkat Kerjasama Antarabangsa Perlindungan Harta Intelek

2019-04-26 11:59:57  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping hari ini memberitahu bahawa China akan mempertingkat kerjasama antarabangsa dalam membina iklim perniagaan yang menghormati nilai pengetahuan dan memperbaiki sistem undang-undang berkaitan perlindungan harta intelek.
 
Selain itu, beliau juga berkata bahawa penguatkuasaan akan turut diperhebat selain meningkatkan perlindungan terhadap pemilik harta intelek asing dan membendung pemindahan teknologi secara paksaan serta melaksanakan perlindungan terhadap rahsia perniagaan.
 
Katanya, China akan turut mempergiat kerjasama dan pertukaran teknologi dengan pelbagai negara.

高蕾