Hidup Hijau, Kampung Halaman Indah

2019-04-29 14:39:23  CRI
Share with:

Isu sampah menjadi fokus dewasa ini, apabila timbulnya berita antarabangsa mengenai pendirian dua negara. Filipina, berhubung sampah daripada Kanada, menyatakan "ambil balik atau berperanglah kita", sementara Malaysia menolak sisa Amerika Syarikat dengan kenyataan tegas, "negara maju tidak seharusnya menjadikan Malaysia tempat membuang sampah".

Pelupusan sisa tampaknya remeh, namun mampu mengundang perselisihan antara jiran jika tidak ditangani dengan baik. Untuk membina kampung halaman yang indah, menimbun sampah di tanah jiran bukanlah caranya. Manusia hendaklah menjunjung konsep pembangunan hijau dan mengamalkan gaya hidup hijau, agar merealisasikan masyarakat indah dengan keharmonian alam dan manusia.


Ekspo Hortikultur Dunia 2019 yang bertemakan "Kehidupan Hijau, Kampung Halaman Indah" membuka tirai di Beijing Ahad lepas. Sebanyak 110 negara dan pertubuhan antarabangsa menawarkan lebih 1,200 jenis tanaman baharu.

Pada majlis pembukaan, Presiden China, Xi Jinping menyeru semua negara bersama-sama membina bumi yang indah dan membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

China telah mula merenung semula model pembangunan ekonominya, langkah yang membawa kepada tamadun ekologi dimasukkan dalam rancangan pembangunan negara pada 2012. Gagasan tersebut dimaktubkan dalam perlembagaan melalui pindaan pada 2018, setelah cetusan minda Xi Jinping, "gunung hijau dan air jernih sama seperti gunung emas dan perak" mendapat sahutan luas.

Data satelit Jabatan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA), dunia bertambah hijau berbanding dua dekad lalu, hasil usaha China menanam pokok.

Walaupun masih ramai yang beranggapan demi pembangunan ekonomi, alam sekitar boleh dikorbankan, China sentiasa mencari jalan untuk mengimbangkan pembangunan dengan perlindungan alam. Pelaburan dan penggunaan China dalam tenaga bersih terdepan di dunia untuk beberapa tahun berturut-turut, usaha yang turut menggalakkan pembangunan ekonomi. Kemajuan China membuktikan pembangunan hijau mampu membawa kemakmuran kepada semua.

Pembukaan Ekspo Hortikultur Dunia 2019 bertepatan dengan penutupan Forum Kemuncak Kerjasama Jalur dan Laluan kedua. Satu konsensus yang dicapai para peserta ialah Inisiatif Jalur dan Laluan bukan sekadar mewujudkan kesalinghubungan antara negara, malah membolehkan rakyat berkongsi nasib kerana pembangunan hijau bukan sahaja berkaitan dengan kesejahteraan generasi sekarang, bahkan masa depan seluruh umat manusia.

高蕾