Sidang Nilai Impak Biodiversiti, Khidmat Ekosistem

2019-04-30 14:22:25  CRI
Share with:

Sidang pleno ketujuh Platform Dasar Sains Antara Kerajaan bagi Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem (IPBES) berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya PBB (UNESCO) di Paris pada 29 April hingga 4 Mei.

Satu laporan penilaian global akan dibahaskan oleh wakil dari 132 negara anggota, merangkumi semua ekosistem darat, sumber air pedalaman dan lautan kecuali yang di Antartika, yang menilai impak biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem terhadap ekonomi, kesejahteraan, keselamatan makanan dan kualiti hidup sepanjang 50 tahun lalu.

Selain itu, kaedah bagi mewujudkan pembangunan mampan dalam konteks dasar-dasar yang berlainan turut disarankan.

高蕾