Pertandingan Bahasa Buka Peluang Latihan Amali

2019-05-01 14:15:42  CRI
Share with:
Pertandingan akhir Jambatan Bahasa Mandarin di Thailand diadakan di Bangkok semalam. Acara tersebut bukan sahaja platform pertandingan bagi pelajar Thailand, malah membuka peluang untuk latihan amali yang ditawarkan syarikat China.

Wakil ibu pejabat Institut Konfusius di Thailand, Wang Huichang berkata, terdapat permintaan besar terhadap sumber tenaga berbahasa Mandarin di Thailand kebelakangan ini seiring dengan kemasukan pelaburan daripada syarikat China dan pengeksportan produk tempatan ke China. 

Dimaklumkan, sebanyak 30 peluang latihan amali ditawarkan oleh Bank Industri dan Komersial China (ICBC) serta syarikat penerbangan China Southern.

 

 
高蕾