Aktiviti Hari Beijing yang diadakan semalam sempena Ekspo Hortikultur Dunia 2019, mempamerkan hasil pembangunan ekologi dan pertukaran antarabangsa pelbagai hala, pesona kota purba yang diwarnai kedinamikan metropolis moden, serta prestasi pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Karnival Seni Budaya China-Eropah Tengah dan Timur turut diadakan, menghidangkan persembahan mantap oleh 100 seniman dari 18 rombongan, yang mewakili 12 negara.