Filipina, Indonesia Kerjasama Banteras Jenayah Maritim

2019-05-03 12:23:37  CRI
Share with:
Filipina dan Indonesia melancarkan rondaan bersama di perairan berhampiran kedua-dua negara untuk membanteras kegiatan jenayah transnasional seperti lanun dan penyeludupan serta ancaman keganasan.
 
Tentera Filipina dalam satu kenyataan semalam menerangkan bahawa rondaan tersebut adalah untuk melindungi keselamatan kawasan sempadan maritim.
 
Pada tahun 2018 sahaja, kumpulan ekstremis Abu Sayyaf yang bertapak di selatan Filipina pernah berkali-kali menculik sejumlah anak kapal warga Malaysia dan Indonesia di perairan berkenaan.
张宪