Kes 1MDB Dibicara Ogos

2019-05-03 12:22:02  CRI
Share with:

Kes membabitkan penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Mohammad Najib Abdul Razak akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos nanti.

Najib didakwa atas 25 tuduhan termasuk rasuah dan pengubahan wang haram, membabitkan dana berjumlah RM2.2 bilion.

Dimaklumkan, perbicaraan berkenaan akan berlangsung hingga pertengahan November.

 

高蕾