ASEAN Tolak Kemasukan Sampah Negara Asing

2019-05-08 17:19:12  CRI
Share with:

Satu kes berkaitan sampah antara Filipina dengan Kanada yang telah berlarutan selama enam tahun akhirnya ada kesudahan. Kerajaan Kanada bersetuju untuk membawa balik sampah yang dieksport ke Filipina enam tahun yang lalu menjelang 15 Mei nanti. 

Negara-negara Barat telah mengeksport sampah yang disifatkan sebagai "sisa pepejal yang boleh dikitar semula" ke negara-negara Asia Tenggara untuk jangka masa lama. Namun ada sampah yang tidak boleh dikitar semula turut dimasukkan dalam sampah tersebut.
 
Negara-negara Asia Tenggara mengizinkan pengimportan sisa pepejal dari negara-negara Barat kerana sisa pepejal yang murah itu boleh diproses menjadi bahan industri pembuatan. Selain itu, industri pemprosesan sisa pepejal boleh menyediakan peluang kerja kepada rakyat setempat. 

Walau bagaimanapun, menurut statistik, hanya 10 peratus sisa pepejak itu diproses oleh kilang berlesen. Yang lain telah mengakibatkan pencemaran yang teruk di negara-negara tersebut.

Seiring dengan peningkatan kesedaran negra-negara membangun terhadap perlindungan alam sekitar, China dan beberapa negara Asia Tenggara mula melarang pengimportan sampah pada tahun lalu.

徐国玮