Keputusan Pilihan Raya Thailand Diumumkan

2019-05-10 16:09:18  CRI
Share with:

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya Dewan Rakyat pada 7 dan 8 Mei lalu. Parti Pheu Thai yang ada kaitan erat dengan mantan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra memperoleh 136 kerusi. Parti Palang Pracharath yang menyokong Perdana Menteri sekarang, Prayuth Chan-o-cha memperoleh 115 kerusi, manakala parti pembangkang, Parti Masa Depan memperoleh 80 kerusi dan menjadi parti ketiga terbesar dalam Dewan Rakyat.
Parti Pheu Thai dan Parti Palang Pracharath masing-masing tidak layak untuk menubuhkan kabinet sendiri kerana gagal memenangi kerusi yang cukup banyak. Kedua-dua parti itu sebelum ini menyatakan akan bersama-sama parti yang lain untuk membentuk kerajaan.
Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha semalam menyatakan, beliau telah menyerahkan senarai 250 ahli Dewan Senat kepada raja. Setelah senarai tersebut diluluskan, Dewan Senet dan Dewan Rakyat akan melantik perdana menteri baharu.

徐国玮