15 Anggota Kabinet Thai Letak Jawatan

2019-05-12 15:18:28  CRI
Share with:

Menurut pengumuman jabatan perdana menteri Thailand, 15 orang anggota kabinet telah meletakkan jawatan masing-masing baru-baru ini. Media massa melaporkan, mereka akan menyandang jawatan Senat. Sebelum ini, empat orang menteri meletakkan jawatan mereka kerana menganggotai Parti Palang Pracharath untuk bertanding dalam pilihan raya. 
Setelah 15 orang anggota kabinet meletakkan jawatan, kabinet  Prayuth Chan-o-cha hanya tinggal 17 orang sahaja. 
Menurut undang-undang Thai, 250 orang anggota Senat dan 500 orang anggota Dewan Perwakilan diberi mandat akan bersama-sama memilih perdana menteri baharu.

徐国玮