Indonesia Timbang Lagi Pindah Ibu Negara

2019-05-14 16:12:46  CRI
Share with:

Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam kenyataan menerusi Twitter minggu lepas menyatakan kerajaan sedang membuat pertimbangan teliti berhubung pemindahan ibu negara. 

Beberapa hari selepas itu, beliau menuju ke pulau Kalimantan untuk meninjau lokasi.

Isu pemindahan ibu negara dibangkitkan bermula lebih separuh abad lalu, menimbulkan percanggahan pendapat di Indonesia. 

Cadangan serupa  pernah dibuat pemimpin generasi dulu termasuk presiden pertama Sukarno, namun gagal dilaksanakan akibat keadaan politik dan ekonomi tidak sesuai.

Kenyataan Joko mengenai isu berkenaan tatkala pengundian baru berakhir, dianggap memperlihatkan keyakinan beliau untuk memenangi pilihan raya.

张哲