Xi Seru Dasar Sosiobudaya Diperkukuh

2019-05-15 12:46:02  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini menyeru agar interaksi dan saling belajar antara pelbagai negara, bangsa dan budaya diperkukuh sekali gus membina komuniti Asia yang saling kongsi.

Kata beliau, tamadun berinteraksi disebabkan kepelbagaian dan saling belajar dalam interaksi sehingga tamadun itu berkembang. 

Beliau menyeru agar dunia ini dapat mengekalkan dasar saling menghormati dan sama rata iaitu menghormati perbezaan kebudayaan dan berkembang bersama-sama serta berpegang teguh kepada sikap keterbukaan, inklusif dan saling belajar selain mengekalkan arus pembangunan dan berinovatif.  

张弘