Xi: Tiada Konflik Antara Tamadun

2019-05-15 12:48:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa setiap tamadun memperlihatkan keindahan yang tersendiri serta menafikan konflik perbezaan antara tamadun.

Menurut beliau, negara-negara di Asia perlu mengembangkan tamadun sendiri dan  menyediakan peluang kepada pembangunan tamadun negara lain.

China bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai negara dalam menggalakkan penterjemahan buku klasik Asia serta pertukaran filem dan televisyen Asia supaya dapat mempermudahkan rakyat bagi memahami dan menerokai perbezaan budaya selain menyediakan platform untuk tujuan itu.

张弘