Filipina Panggil Balik Diplomat di Kanada

2019-05-17 13:00:55  CRI
Share with:
Filipina memanggil balik diplomat di Kanada termasuk duta susulan kegagalan Kanada mengangkut pulang sampah yang ditinggalkan sebelum tarikh akhir 15 Mei.

Jurucakap Presiden Filipina semalam berkata, hubungan diplomatik terluka gara-gara isu sampah. Tindakan memanggil balik diplomat adalah untuk menggesa Kanada menunaikan komitmen.

Baru-baru ini, timbul perbalahan berhubung isu sampah antara Filipina dengan Kanada. 

Pada 2013 hingga 2014, sebuah syarikat Kanada mengeksport 103 kontena sampah ke Filipina. Setakat ini, 34 kontena sampah telah diuruskan, namun masih ada 69 yang tinggal. 

Pada akhir April, Presiden Rodrigo Duterte sekali lagi mendesak Kanada mengangkut pulang sampah dengan menetapkan 15 Mei sebagai tarikh akhir.
梁靓