KDNK 4.5 Peratus Tunjukkan Daya Tahan Ekonomi Malaysia Tinggi

2019-05-19 13:57:07  CRI
Share with:
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.5 peratus bagi suku pertama tahun ini menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia yang tinggi, semasa negara berhadapan dengan ketidaktentuan cabaran luaran yang timbul akibat perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata ini merupakan satu permulaan yang memberangsangkan untuk tahun ini.

"Ia seiring dengan kenaikan pelaburan langsung asing iaitu ke tahap tertinggi di dalam sejarah negara, iaitu RM21.7 bilion, peningkatan sebanyak 94.8 peratus berbanding RM11.2 bilion yang telah dicatatkan pada suku pertama tahun lepas.

"Ini membuktikan kekuatan ekonomi negara serta keyakinan tinggi pelabur asing ke atas kerajaan dan negara Malaysia,” kata beliau dalam perutusan Hari Wesak yang disambut hari ini.

Lim berkata, kerajaan berharap keyakinan yang ditonjolkan pelabur asing akan membantu meningkatkan pelaburan domestik syarikat tempatan bagi memantapkan lagi pertumbuhan negara.

(Sumber dari BERNAMA)
张弘