Rusuhan Bantah Kemenangan Jokowi

2019-05-23 14:04:32  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya enam terbunuh di ibu negara Indonesia apabila polis bertembung dengan penunjuk perasaan yang membantah kemenangan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Seramai 200 orang dilaporkan cedera.

Jokowi dan gandingannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin memperolehi 55.5 peratus daripada jumlah undi, manakala pasangan saing, Prabowo Subianto, dan Sandiaga Uno, 44.5 peratus.

Prabowo bagaimanapun enggan menerima keputusan tersebut dengan dakwaan berlalu penipuan, dan merayu penyokongnya menyuarakan pendapat kepada kerajaan.

Siren polis dibunyikan apabila pertembungan meletus malam tadi, ketika ribuan penunjuk perasaan berarak dengan mengibarkan bendera Indonesia di tengah ibu kota.

Ada yang membaling batu dan mercun ke arah polis yang berbaris di belakang penghadang kawat besi berhampiran bangunan Lembaga Pengawal Selia Pilihan Raya (Bawaslu).

Tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan memaksa kumpulan perusuh berundur.

胡星