Mesyuarat Pertama Parlimen Baharu Thailand

2019-05-25 15:11:41  CRI
Share with:

Parlimen baharu Thailand telah mengadakan mesyuarat pertama di Bangkok semalam. 

Raja Maha Vajiralongkorn mempengerusi mesyuarat tersebut dan mengumumkan operasinya Parlimen baharu negara itu.
Mesyuarat tersebut turut dihadir oleh 498 ahli Dewan Perwakilan dan 250 orang ahli Dewan Negara yang dicalonkan Jawatankuasa Pengawalan Peraturan Keamanan Negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan dilulus serta dilantik oleh Raja Maha Vajiralongkorn.

Raja Maha Vajiralongkorn dalam ucapan bertitah bahawa setiap ahli dewan perlu menyedari tanggungjawab masing-masing dan melaksanakan tugas dengan teliti kerana prestasi mereka berkaitan rapat dengan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. 
 

张宪