Pertandingan akhir kecekapan berbahasa Mandarin untuk pelajar asing, iaitu "Jambatan Bahasa Mandarin" ke-12 bagi Laos telah diadakan pada 24 Mei lalu.
Pertandingan yang bertemakan “Kuasai Bahasa Mandarin, Gapai Impian Demi Masa Depan Cerah” tersebut disertai 16 orang pelajar dari 8 buah sekolah menengah di Laos. Para peserta bertanding dengan kecekapan dan kemahiran berbahasa Mandarin melalui pidato dalam bahasa Mandarin, soal jawab pengetahuan tentang China dan pertunjukan bakat.
Seunsengchieo Sengbanthay dari Sekolah Cina Liaodu akhirnya muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut.