Vietnam Sasar Pengguna Komersial Pertama 5G

2019-05-27 15:58:40  CRI
Share with:

Operator telekomunikasi terbesar Vietnam, Viettel berjaya menyelesaikan ujian telekomunikasi 5G baru-baru ini melalui kerjasama dengan kumpulan Ericsson Sweden.

Vietnam sedang membangunkan diri sebagai negara pengguna 5G pertama di Asia Tenggara dan yang pertama di dunia mengkomersialkan penggunaannya menjelang tahun depan.

Statistik menunjukkan kadar cakupan 4G di negara itu hanya melebihi 70%, lebih rendah daripada Singapura dan Malaysia. Namun, kelajuan jaringan 4G Vietnam agak pantas, hanya didahului Singapura antara negara-negara ASEAN.

Teknologi 5G bukan sahaja membantu mengekalkan jenama "buatan Vietnam", malah merangsang bidang-bidang sains dan teknologi inovatif yang turut mencipta peluang latihan bagi golongan muda.

胡星