Penasihat Raja Thailand Meninggal Dunia

2019-05-27 16:00:16  CRI
Share with:

Pengerusi Majlis Penasihat Thailand, Prem Tinsulanonda meninggal dunia di Hospital Phra Mongkut Klao, Bangkok pagi semalam pada umur 98 tahun.

Raja Maha Vajiralongkorn mengumumkan edik mengisytiharkan tempoh berkabung 21 hari bagi keluarga diraja. Sementara kerajaan juga mengumumkan tempoh berkabung yang sama bagi penjawat awam dan kakitangan syarikat milik negara. Jabatan kerajaan, syarikat milik negara dan sekolah akan mengibarkan bendera separuh tiang selama 7 hari.

Prem Tinsulanonda mempunyai kedudukan tinggi di arena politik Thailand. Beliau pernah menyandang jawatan ahli Senat, Panglima Tentera Darat, Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri.

胡星