Letupan Gegar Pelabuhan Laem Chabang

2019-05-27 13:37:52  CRI
Share with:

Letupan di dalam kontena menggegarkan sebuah kapal kargo yang berlabuh di pelabuhan Laem Chabang, Thailand pagi kelmarin.

Menurut laporan media tempatan, kapal tersebut milik syarikat KMTC HongKong.

Laem Chabang merupakan pelabuhan air dalam yang amat penting di Thailand.

Dalam satu taklimat media susulan kejadian, ketua pelabuhan memaklumkan letupan berlaku di bahagian depan kapal berkenaan. Ketika itu, muatan 35 kontena belum diturunkan. Kontena dikatakan berisi alat permainan kanak-kanak, bukannya bahan kimia berbahaya sebagaimana dilaporkan sesetengah media.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Pada hari yang sama, jurucakap kerajaan menyatakan, Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha telah mengarahkan punca insiden disiasat secepat mungkin.

覃淼