Singapura Galak OKU Serta Masyarakat Digital

2019-05-28 13:52:28  CRI
Share with:

Pertubuhan amal Goodwill Engineering diberi anugerah oleh kerajaan Singapura atas sumbangannya untuk meningkatkan keupayaan digital rakyat.

Dalam setahun akan datang, pertubuhan itu akan menganjurkan bengkel dan pertandingan sains dan teknologi di pelbagai komuniti bagi melengkapkan golongan kelainan upaya (OKU) dengan kemampuan untuk mengintegrasikan diri dalam masyarakat digital.

Menurut visi "negara pintar" Singapura, kerajaan komited membolehkan setiap rakyat termasuk OKU memahami dan memahiri teknologi digital. Untuk itu, satu saranan dibuat pada tahun lalu, yang turut mendapat sokongan 450 pertubuhan dan kira-kira 3,000 sukarelawan.

胡星