Tegas Bela Kedaulatan, Kepentingan Negara

2019-06-03 14:09:07  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_sld

Dialog Shangri-La (SLD) ke-18 menutup tirai di Singapura semalam. Pegawai kanan tentera, pakar dan sarjana dari kira-kira 40 negara telah menyertai dialog tersebut. 


Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe telah memperkenalkan usaha menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan serta sumbangan tentera China demi menjaga kedamaian dan kestabilan dunia.

Wei menyatakan berdepan situasi keselamatan antarabangsa yang kompleks dan berubah-ubah, kerajaan dan pasukan China tidak berganjak dari tekad untuk melindungi kemakmuran dan kestabilan sejagat dan serantau.

Katanya, kepentingan teras dan keprihatinan semua negara mesti dihormati dalam proses merealisasikan kemakmuran bersama di Asia Pasifik.

Menyentuh isu Laut China Selatan, Wei berkata pihak-pihak terbabit diharap tidak memandang rendah kemampuan negara-negara sekitar perairan berkenaan untuk menangani perselisihan pendapat secara baik dan memelihara kedamaian. Semua usul konstruktif juga dialu-alukan.

SLD ke-18 yang berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun turut memfokuskan situasi keselamatan di Asia Pasifik, isu Semenanjung Korea, orde keselamatan Asia yang sedang berubah, kawalan konflik dan usaha menjamin kestabilan serantau.
 
图片默认标题_fororder_sld2
高蕾