Prayuth Kekal Sebagai PM Thailand

2019-06-06 14:57:48  CRI
Share with:

Prayuth Chan-ocha sekali lagi dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand dengan memperoleh undi majoriti iaitu sebanyak 500 undi di parlimen. 

Parti Demokratik yang merupakan parti bersejarah lama di Thailand memutuskan menyertai barisan Prayuth pada 4 Jun. 

Sehubungan dengan itu, mantan Perdana Menteri Thailand, Aphisit Wetchachiwa yang juga mantan Presiden Parti Demokratik mengumumkan peletakan jawatan anggota parlimen. 

Aphisit berkata, sebelum pilihan diadakan, beliau sudah membuat pengumuman tidak menyokong Prayuth dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri. Demi maruah parti dan sendiri, beliau hanya boleh meletakkan jawatan kerana tidak mampu mengubah keputusan partinya untuk menyokong kerajaan junta. 
 

张哲