Pesta Makanan Pacu Pelancongan Thailand

2019-06-09 14:50:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_5e6b1b14-7742-44ff-8178-46fa0ed7726c

Pesta makanan bertema "Thailand yang Sungguh Mengagumkan" diadakan di Dataran Siam, Bangkok bermula kelmarin hingga hari ini.

Acara menghimpunkan lebih 120 restoran terkenal dari seluruh negara yang menghidangkan juadah istimewa masing-masing, memperlihatkan budaya makanan yang berwarna-warni sekali gus meningkatkan imej Thailand di arena antarabangsa.

Pesta anjuran Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) itu dijangka menarik lebih 200 ribu pengunjung tempatan dan asing.

Pegawai TAT, Sujitra Jongchansitto menyatakan usaha menarik pelancong ke tempat lahirnya pelbagai variasi makanan sedap di serata negara akan turut menjana sektor pertanian, makan dan minum serta ekonomi keseluruhan tempatan. Pihaknya akan berusaha menjadikan makanan istimewa Thailand tarikan pelancongan penting baik di dalam mahupun di luar negara.

张弘