Asia Tenggara Enggan Jadi Tempat Buang “Sampah Asal Luar Negara”

2019-06-10 14:30:32  CRI
Share with:

Data statistik dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan sampah plastik yang dieksport Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun telah melebihi sejuta tan pada 2018, manakala AS pula mengeksport 157 ribu buah kontena gergasi berisi sampah plastik kepada negara-negara membangun. Sejak China melarangkan kemasukan “sampah berasal luar negara” pada 2018, negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina turut menjadi destinasi penghantaran sampah tersebut. Namun negara Asia Tenggara baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya enggan menjadi “tempat buang sampah” bagi seluruh dunia. 

Menteri Sumber dan Alam Sekitar Malaysia, Puan Yeo Bee Yin mendesak negara-negara maju pada penghujung bulan Mei lalu agar menghentikan menghantar sampah plastik kepada negara-negara membangun termasuk Malaysia. Menurut beliau, pihaknya akan menghantar sampah sebanyak lebih tiga ribu tan kembali ke negara asalnya. Kerajaan Thailand pula mengumumkan akan melarangkan import sampah plastik sebelum 2021. Pegawai agensi diplomatik Indonesia di Eropah pada April lalu juga menyatakan negaranya telah menggubal undang-undang untuk menolak sampah plastik dari negara barat. Vietnam pun tidak ketinggalan, dengan mengumumkan pada Julai tahun yang lalu bahawa pihaknya sudah menghentikan pemberian permit import sampah yang baharu.

张宪