Prayuth Chanocha Kekal PM, Masyarkat Thailand Harap Mantap

2019-06-10 14:27:23  CRI
Share with:

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chanocha menang dalam pilihan raya dan dapat melanjutkan jawatannya sebagai PM untuk penggal kedua pada malam 5 Jun lalu. Walau undang-undang pemilihan baharu antara unsur-unsur yang kunci, pilihan raya PM itu mencerminkan hasrat sebahagian rakyat Thailand untuk menyelesaikan kerusuhan politik dan mengatasi kemelesetan ekonomi.

Kerajaan baharu Thailand diharap memimpin negaranya keluar dari kemerosotan ekonomi akibat pergolakan politik yang berlarutan beberapa tahun kebelakangan ini.

Dimaklumkan, rampasan kuasa politik yang berlaku pada tahun 2006 dan 2014 telah menjadikan dasar ekonomi negara berubah-ubah, dan politik jalanan yang bergembar-gembur juga membebani sektor pelancongan dan perkhidmatan.

 

 
高蕾