Raja Thailand Umum Pelantikan Prayut sebagai PM

2019-06-12 11:52:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124609452_15602574784471n
 

Raja Thailand Vajiralongkorn bertitah semalam untuk melantikkan Prayut Chanocha sebagai Perdana Menteri (PM) penggal baharu secara rasmi.

Pada petang semalam, selepas menerima titah Raja tersebut di pejabat Perdana Menteri dan menjadi PM Thailand ke-29, Prayut menyampaikan ucapan yang menyatakan akan mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, menjalankan tugasnya dengan ikhlas, bersih dan rajin. Beliau akan mendengar pendapat dari pelbagai pihak untuk mendorong pembangunan negara dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kemasyarakatan, urusan diplomatik dan peraturan undang-undang, mencegah rasuah, mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan yang miskin, mewujudkan pembahagian pendapatan dengan rasional, serentak itu meningkatkan taraf hidup kaum petani, pekerja bebas dan penduduk yang berpendapatan rendah dan menjadikan lebih ramai orang muda mengambil bahagian dalam pembangunan negara. 

Prayut berharap agar rakyatnya bersatu-padu membangunkan negara yang damai, stabil, makmur dan kuat, dan dalam ucapannya beliau juga berjanji akan membentuk kabinet dengan secepat mungkin. 

图片默认标题_fororder_1124609452_15602574784171n

 

曹捷