China, Filipina Siasat Perlanggaran Kapal Nelayan

2019-06-21 14:29:05  CRI
Share with:

China dan Filipina harus menyiasat bersama insiden kapal nelayan berlanggar di Laut China Selatan dengan secepat mungkin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam menyarankan kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai siasatan awal dan mengendalikan insiden berkenaan melalui rundingan berdasarkan dapatan bersama.

Media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Presiden Rodrigo Duterte bahawa insiden hanya satu kemalangan dan situasi tidak patut diburukkan. Siasatan berkenaan perlu dijalankan.

Sehubungan itu, Lu Kang berkata China amat mementingkan keselamatan nyawa di laut, dan akan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab.

Pada awal pagi 10 Jun, sebuah kapal nelayan China berlanggar dengan sebuah kapal Filipina di perairan Reed Tablemount, Laut China Selatan.

徐国玮