Amalan Perlindungan AS Jejas Ekonomi Dunia

2019-06-21 14:28:09  CRI
Share with:

Ahli politik dan sarjana Kemboja mengkritik dasar perlindungan dan unilateralisme yang menjadi amalan Amerika Syarikat (AS), yang dipercayai menjejaskan peraturan dan order perdagangan antarabangsa semasa, malah merencatkan pembangunan ekonomi sejagat.

Dalam temu bual bersama Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri, Hor Nam Hong berkata pergeseran perdagangan yang dicetuskan Washington tidak akan membawa manfaat kepada mana-mana pihak, sebaliknya memberi kesan negatif terhadap ekonomi dunia. Tindakan pemerintah AS tersebut bukan sahaja merosakkan kepentingan negara lain, malah juga kepentingan syarikat dan petani sendiri. 

Jurucakap pejabat Kabinet Kemboja pula menyatakan sokongan teguh kepada sistem perdagangan multilateral. Katanya, sesiapa pun tidak boleh membelakangi peraturan perdagangan antarabangsa. Peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mesti dihormati dan dipatuhi.

徐国玮