Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok

2019-06-23 14:29:46  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 selama dua hari dirasmikan di Bangkok, Thailand semalam. Sidang bertemakan "sinergi galak pembangunan mampan", mengutamakan kerjasama komprehensif berdasarkan kepentingan bersama.

Antara topik perbincangan utama sidang kemuncak ini termasuk kesan pergeseran perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi rantau ASEAN, pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan menggalakkan rundingan ASEAN+6 (China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, dan New Zealand)mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diselesaikan pada tahun ini, selain kesan strategi Lautan Hindi-Pasifik AS kepada negara rantau.

覃淼