Gempa Kuat Gegar Maluku

2019-06-24 15:02:28  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku di perairan berhampiran Maluku, Indonesia pada pukul 9.53 pagi tadi waktu tempatan. 

Setakat ini, belum ada kecederaan, kematian dan kerugian harta benda dilaporkan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) memaklumkan, pusat gempa pada kedalaman kira-kira 220 kilometer di perairan 289 kilometer barat laut bandar Saumlaki. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. 

张弘