Para pemimpin negara-negara ASEAN bersepakat menyelesaikan rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tahun ini, pada sidang kemuncak ke-34 di Bangkok hujung minggu lepas.
Dalam satu taklimat media semalam, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha memaklumkan, sidang kemuncak kali ini memfokuskan pembangunan ekonomi. RCEP yang meliputi populasi paling ramai akan menjadi alat penting untuk merangsang perdagangan dan ekonomi.
RCEP perjanjian perdagangan bebas melibatkan sepuluh anggota ASEAN dengan enam rakan kongsi di Asia Pasifik. Rundingan dilancarkan pada November 2012 semasa sidang kemuncak di Kemboja.