ASEAN Paling Ketara Hasil BRI

2019-06-26 14:45:11  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_c1f3e17f-0592-4f11-8050-bcc356f55107

ASEAN rantau yang paling ketara hasilnya  dalam usaha sama membangunkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian pada seminar bertema BRI dan pembangunan ASEAN, di Jakarta semalam.

Beliau menyatakan kerjasama BRI antara China dan ASEAN yang terus maju telah membuahkan hasil saling untung yang memuaskan. Kini, kedua-dua pihak komited meningkatkan penyelarasan BRI dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025. Hal ini dipercayai akan menyuntik penggerak baharu kepada kerjasama berkenaan.

Pakar Indonesia berkata negara-negara ASEAN menyahut konsep berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi yang diterapkan dalam BRI, dan berharap kesalinghubungan dan pembangunan seluruh rantau dapat dijana melalui penglibatan dalam inisiatif tersebut.

Seminar di Jakarta acara kedua sempena Forum Hubungan China-ASEAN anjuran misi diplomatik China dan Filipina bersama kumpulan pemikir Pusat Habibie Indonesia, dihadiri kira-kira 100 tetamu.

 

张哲