Laluan Yiwu-Sihanoukville Dibuka

2019-07-04 13:22:27  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500028%5c1%5c9500028_1_1_4c03ea0a-d9b3-4afe-ad9b-ed3f097ae5f1

Laluan penerbangan menghubungkan Yiwu di provinsi Zhejiang dan Sihanoukville, Kemboja dibuka secara rasmi semalam, menjadikannya laluan komersial antarabangsa pertama bagi Yiwu.

 图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500028%5c1%5c9500028_1_1_6105956d-7764-4a8b-96f0-473f405fee5d
Laluan itu bukan sahaja akan memudahkan perjalanan penumpang dari kawasan tengah Zhejiang ke Kemboja, malah menarik kedatangan warga Kemboja ke Zhejiang. 

Sihanoukville, salah satu titik penting dalam usaha sama membangunkan Jalur dan Laluan, merupakan pelabuhan laut paling sibuk di Kemboja. 

Yiwu pula bandar komersial cukup terkenal, yang menjalankan perdagangan dengan 219 negara dan wilayah di dunia. 

Kebelakangan ini, usahawan dari Zhejiang kerap berulang-alik untuk menanam modal di Sihanoukville. Maka, pembukaan penerbangan baharu juga selaras dengan permintaan pasaran.

张宪