ASEAN Bukan Tapak Lupus Sampah

2019-07-04 13:23:09  CRI
Share with:

Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand antara negara ASEAN yang telah bertindak untuk menghehadkan pengimportan sampah, bagi mengelakkan diri dijadikan tapak pelupusan sisa oleh seluruh dunia. 

Media Thailand melaporkan, pengimportan sisa plastik kian bertambah di negara-negara ASEAN. Pada tahun lepas, ASEAN mengimport 27% sisa plastik dan elektronik dunia, sebahagian besar atau hampir 870 ribu tan daripadanya oleh Malaysia.

Jepun yang terkenal dengan pengurusan sampah yang ketat, pada hakikatnya mengeksport lebih 70% sisa plastik, yang tidak dikitar semula. Tahun lepas, Thailand paling banyak mengimport sisa plastik dari Jepun, iaitu lebih 170 ribu tan.

Kesan sampah yang diimport terhadap persekitaran ekologi memaksa negara-negara ASEAN bertindak segera. Thailand telah mengenakan larangan import menjelang 2021, sementara Malaysia membatalkan permit import selain mengenakan cukai ke atas sisa plastik dari luar. 

Sebelum ini, menteri alam sekitar Malaysia telah mengumumkan, semua sisa plastik yang diimport akan dihantar pulang ke 14 negara asal, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Kanada, Australia dan Britain.

张宪