Sejak memasuki bulan Julai, musim kemuncak pelancongan di padang pasir turut tiba di Xinjiang.
Padang pasir Kumtag yang terletak di kaunti Shanshan, Turpan berjaya menarik pelancong dari pelbagai tempat dan kawasan peranginan padang pasir itu turut menerima tempiasnya apabila purata lebih 3,000 pelancong datang berkunjung setiap hari.
Jumlah pelancong pada setengah tahun pertama tahun ini meningkat kira-kira 51% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan catatan sebanyak 360 ribu orang.