Kes denggi terus meningkat di Kemboja setelah ketibaan musim hujan ini.
Data terkini Kementerian Kesihatan Kemboja menunjukkan, pada Januari hingga Julai tahun ini, lebih 14,000 kes denggi melibatkan kanak-kanak dilaporkan, termasuk 24 kes kematian, iaitu lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Denggi adalah penyakit yang biasa di Asia Tenggara. Bulan Mei hingga Oktober merupakan musim kemuncak demam denggi di Kemboja.