Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan perairan sekitar Maluku Utara, Indonesia malam tadi.
Setakat ini, belum ada laporan mengenai kerugian harta atau kehilangan nyawa.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG)memaklumkan, pusat gempa terletak 136 kilometer dari bandar Ternate, pada kedalaman 36 kilometer.
Agensi tersebut telah mengeluarkan amaran tsunami di Maluku Utara dan Sulawesi Utara.