Senarai nama kabinet baharu Thailand yang seramai 36 anggota diumumkan semalam, menandakan tertubuhnya kerajaan baharu selepas pilihan raya negara itu.
Prayuth Chan-o-cha dipilih sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua, dan juga Menteri Pertahanan.
Naib Perdana Menteri dahulu, Prawit Wongsuwan, Somkid Jatusripitak dan Wissanu Krea-ngam meneruskan khidmat masing-masing.
Presiden Parti Demokratik, Jurin Laksanawisit dilantik sebagai Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan, sementara Don Pramudwinai mengekalkan jawatan Menteri Luar.
Thailand mengadakan pilihan raya pertama pada 24 Mac tahun ini, lima tahun selepas rampasan kuasa. Selepas pengundian bersama oleh Dewan Senat dan Dewan Perwakilan pada 5 Jun lalu, Prayuth memenangai penggal keduanya sebagai PM dengan tempoh perkhidmatan empat tahun.