Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-13 yang bertemakan "keselamatan berterusan" diadakan di Bangkok, Thailand pada 10 hingga 12 Julai.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand sebelum ini menyatakan, negara-negara ASEAN akan memanfaatkan peluang daripada mesyuarat ini untuk merapatkan kerjasama ketenteraan.
Para menteri akan membincangkan kerjasama keselamatan, isu sempadan, bantuan perubatan ketenteraan, selain memperluas kerjasama antara ASEAN dengan China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, India, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).