Loji Kuasa PV Vietnam Terus Bertambah

2019-07-11 13:30:00  CRI
Share with:

Sebanyak 82 stesen jana kuasa fotovolta (PV) memenuhi syarat pemeriksaan pusat penyelarasan elektrik negara (NLDC) Vietnam setakat hujung bulan lepas, dan berjaya disambungkan dengan grid negara. 

Perkara itu dimaklumkan oleh kumpulan Vietnam Electricity baru-baru ini.

Selain 82 loji berkapasiti 4460MW tersebut, NLDC merancang menyambungkan 13 lagi loji serupa berkapasiti 630MW dengan grid negara menjelang hujung tahun ini.

Setakat ini, kuasa solar menduduki 8.28% dalam kapasiti grid elektrik Vietnam.  

 

梁靓